Syafiyullah Yahya
Dealer Public Gold PG00254513
Siapa saya
Saya jurutera infrastruktur. Kerja saya membina sistem yang berjalan sendiri, dan lama-kelamaan saya fikir kenapa tidak saya gunakan cara yang sama untuk simpanan sendiri.
Saya mula menyimpan emas sedikit-sedikit, kemudian saya automatikkan supaya ia masuk setiap bulan tanpa perlu diingatkan. Bila orang di sekeliling saya mula bertanya macam mana nak buat, saya sedar masalahnya bukan emas. Masalahnya tiada siapa terangkan langkah-langkahnya dengan jelas, dalam Bahasa Melayu, tanpa bunyi seperti orang jual barang.
Jadi itu yang saya buat di laman ini.
Kenapa emas
Saya tidak percaya emas buat orang kaya dalam semalam, dan saya tidak akan cakap begitu. Emas bukan saham, bukan skim, dan bukan jalan pintas.
Tetapi ia menyimpan nilai dalam jangka panjang, ia boleh dimulakan dengan jumlah kecil, dan ia boleh dijadikan tabiat bulanan. Untuk orang yang sibuk dan tidak mahu fikir pasal pasaran setiap hari, itu sudah cukup bermakna.
Cara saya bekerja
- Saya terangkan dulu, jual kemudian. Semua panduan dan nota di sini percuma untuk dibaca, tiada apa perlu anda beri.
- Saya dealer, dan saya beritahu terus. Kalau anda daftar akaun guna kod saya, saya dapat komisen daripada Public Gold. Harga yang anda bayar ialah harga rasmi Public Gold yang sama untuk semua orang. Public Gold tidak mengenakan komisen tambahan atas pembelian emas anda.
- Semua yang saya tulis ada asasnya. Sumber saya ialah prosedur rasmi Public Gold dan PG1M, terma rasmi syarikat, serta apa yang saya sendiri lakukan setiap bulan. Kalau ada benda saya tidak pasti, saya kata tidak pasti.
- Saya tidak janjikan pulangan. Harga emas boleh naik dan boleh turun. Apa yang saya boleh janji ialah penerangan yang jujur.
Bagaimana saya boleh bantu anda
- Panduan langkah demi langkah Daripada daftar akaun sampai jual balik, semuanya ikut skrin sebenar.
- Nota Tulisan ringkas pasal wang, emas, dan risiko. Baca dulu sebelum buat apa-apa.
- Saluran Telegram Harga emas Public Gold setiap hari, percuma.
- Tanya saya terus Ada soalan spesifik tentang keadaan anda? Tanya di Telegram, saya jawab sendiri.
Kalau anda nak mula
Anda tidak perlu beli banyak. Anda cuma perlu mula. Saya dah tulis semua langkah, dan saya ada di Telegram kalau anda tersekat.
Buka akaun emas
Akaun didaftarkan di bawah saya terus, jadi PG code sudah dimasukkan untuk anda. Anda hanya isi butiran diri.
Akaun junior untuk anak bawah 18 tahun, diiringi ibu bapa atau penjaga. Pendaftaran tertakluk kepada kelulusan Public Gold.