Lompat ke kandungan
Mula Emas

Beli

Emas fizikal: bayar penuh, atau ansur

Bila anda mahu aset itu berada di tangan sendiri, ini laluannya.

Dikemas kini 2026-10-01

Ada orang selesa simpan dalam akaun, ada yang mahu pegang emasnya. Dua-dua ada tempat. Cuma bila melibatkan emas fizikal, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum tekan bayar.

Bayaran penuh melalui website

  • Log masuk, tekan Produk, kemudian pilih Gold.
  • Pilih emas fizikal yang anda mahu, tekan Add to Cart.
  • Tekan Proceed to Next Page, kemudian pilih Full Payment.
  • Pilih branch anda, tandakan persetujuan terma, dan sahkan bayaran.

Ansuran melalui website

Ikut langkah yang sama, cuma pada halaman pembayaran pilih Easy Payment Plan, kemudian pilih enam atau sepuluh bulan. Branch wajib dipilih semasa belian.

Melalui aplikasi

  • Buka aplikasi, tekan Purchase Now.
  • Pilih emas yang anda mahu, sebagai contoh gold bar 10 gram, tekan Add to Cart.
  • Pergi ke bakul di bahagian atas, tekan Checkout.
  • Pada pilihan pembayaran, pilih Easy Payment Plan dan pilih enam atau sepuluh bulan.
  • Pilih branch, kemudian buat bayaran ansuran pertama.

Perkara yang jarang disebut orang

Selepas pesanan disahkan, harga dikunci dan pesanan tidak boleh dibatalkan. Bayaran pula perlu dimulakan dalam 24 jam, dan selesai dalam tiga hari perniagaan. Kalau tidak dipatuhi, pesanan boleh dibatalkan dan dikenakan fi pemprosesan 10%. Ini dalam FAQ rasmi Public Gold, bukan syarat yang saya reka.

Untuk ansuran, emas hanya dihantar selepas bayaran terakhir selesai, melalui pos berinsurans untuk berat 21.25 gram ke bawah. Jadi anda tidak pegang emas semasa membuat ansuran.

Serahan fizikal biasanya boleh diatur dalam lima hari bekerja selepas bayaran penuh diterima. Setiap produk disertakan sijil ketulenan rasmi Public Gold.

Sumber

  • Video SOP rasmi PG1M nombor 73 dan 72: beli emas fizikal secara outright atau EPP melalui website dan aplikasi.
  • FAQ rasmi Public Gold: harga dikunci dan pesanan tidak boleh dibatalkan, garis masa bayaran 24 jam dan tiga hari perniagaan, fi pemprosesan 10% jika tidak dipatuhi, serahan dalam lima hari bekerja.

Nak tahu beza jumlah sebenar antara bayar penuh dan ansuran? Bagitahu matlamat anda, saya kirakan bersama.

Buka Telegram

Panduan lain

Tanya Syafi di WhatsApp