Kalkulator simpanan bulanan
Kalkulator ini menjumlahkan caruman anda sahaja. Ia tidak mengira keuntungan, kerana emas tidak menjamin pulangan dan harganya boleh turun.
Kira jumlah caruman anda
Masukkan jumlah yang anda selesa simpan setiap bulan dan tempohnya. Ini kiraan jumlah caruman sahaja.
Jumlah caruman
RM0
Anggaran sahaja. Harga emas sentiasa berubah. Ini bukan jangkaan pulangan atau keuntungan.
Mahu saya semak sama ada jumlah itu realistik untuk keadaan anda?
Soalan tentang kalkulator ini
Adakah kalkulator ini mengira keuntungan?
Tidak. Ia hanya menjumlahkan caruman anda, iaitu jumlah bulanan didarab dengan bilangan bulan. Ia tidak mengira pulangan, dividen atau keuntungan, kerana tiada siapa boleh menjaminnya.
Anggaran gram itu tepat ke?
Tidak tepat, hanya anggaran. Ia menggunakan rekod harga terakhir yang saya simpan, dan harga emas berubah setiap hari. Anggaran itu juga belum mengambil kira spread atau Gold Premium.
Kenapa anggaran gram tidak keluar?
Kerana harga emas belum tersedia pada masa itu. Jumlah caruman tetap dipaparkan, hanya anggaran gram yang ditangguhkan.
Boleh saya guna jumlah yang besar?
Boleh, tetapi kalkulator ini disediakan sebagai contoh. Untuk jumlah besar, lebih baik berbincang dahulu supaya kiraan sesuai dengan keadaan anda.